Sabtu, 01 Maret 2014

Info Status Keputusan Permohonan Kemasukan Ke Politeknik Sesi Jun 2011





Salam kepada semua,


Fadah nak beritahu kepada  adik-adik diluar sana yang sedang menanti jawapan untuk kemasukan ke Politeknik bagi sesi Jun 2011.


Semakan bagi kemasukan ke Politeknik sesi Jun 2011 boleh disemak mulai 22 Mei 2011 di www.politeknik.edu.my.



Bagi sesi Jun 2011, 54 program ditawarkan termasuklah 4 program baru iaitu Diploma Kejuruteraan Mekanikal(Rekabentuk Pembuatan Automotif), Diploma Kejuruteraan Mekanikal (RekabentukProduk), Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Automasi)dan Diploma Perkhidmatan Makanan (Amalan Halal). Ini boleh menambahkan lagi peluang pekerjaan di dalam Malaysia sendiri dan dapat membantu memajukan ekonomi negara.


Tarikh Pendaftaran di politeknik adalah di antara 3 dan 4 Julai 2011. Rayuan dibuka mulai 22 Mei 2011 sehingga 3 Jun 2011.


-sumber-

Tidak ada komentar:

Posting Komentar