Kamis, 06 Maret 2014

NGO Propembangkang Tubuh M4E


KUALA LUMPUR – Beberapa badan bukan kerajaan (NGO) dipercayai propembangkang berpakat menubuhkan sebuah gerakan digelar Gabungan Malaysians 4 Egypt (M4E) bertujuan menyokong rakyat Mesir yang sedang berhadapan tekanan daripada pihak berkuasa negara itu.

Pengerusi Jawatankuasa Penaja M4E, Syed Ibrahim Syed Noh berkata, NGO di Malaysia perlu memberi sokongan ke atas rakyat Mesir kerana krisis di negara itu masih berlarutan hingga kini.

“Rejim junta tentera Mesir masih meneruskan tangkapan dari rumah ke rumah terhadap orang ramai termasuk golongan profesional seperti pensyarah, peguam, jurutera, doktor, jurnalis dan juruteknik, pelajar universiti serta wanita dan remaja perempuan.

“Isu yang berlaku di Mesir sekarang ini sekali imbas menggambarkan apa yang pernah berlaku di zaman 90-an di mana kerajaan Mesir ketika itu memerintah secara diktator dan mengenepikan hak-hak rakyat Mesir.

“Persengketaan tersebut berlarutan selama bertahun-tahun sehingga mengorbankan ribuan rakyat tetapi dunia seolah-olah mendiamkan diri. Adakah Mesir sekarang bakal menuju ke arah itu semula,” soalnya melalui satu kenyataan media hari ini.

Justeru, dakwa Syed Ibrahim berkata, sekumpulan NGO di Malaysia bersepakat untuk menggembleng usaha bagi memperjuangkan isu rakyat Mesir itu melalui penubuhan M4E.

Beliau turut memaklumkan satu majlis pelancaran M4E akan diadakan pada 5 Oktober ini di Shah Alam, Selangor dan antara mereka yang terlibat dalam majlis itu termasuk

Antara mereka yang terlibat dalam majlis itu Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said yang akan mendeklamasikan sajak khas sempena majlis pelancaran gerakan berkenaan.

“Orang ramai adalah dijemput untuk menghadiri majlis pelancaran ini bagi menyatakan solidariti bersama dengan rakyat Mesir. Pendaftaran boleh dilakukan melalui website: http://www.malaysians4egypt.com,” katanya.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar